Wednesday, November 9, 2011

PPSMI bergerak ke dimensi MBMMBI

satu usaha yang murni dan disambut postitif secara peribadi oleh saya sebagai seorang yang pernah berkhidmat di sekolah serta bakal menjawat jawatan tetap sebagai seorang guru. memang sudah nampak implikasi PPSMI bahawa pelaksanaannya murni tetapi gagal mencapai objektif. jika tidak di rombak lebih awal pasti akan mengundang banyak masalah tidak langsung.
Masalah tidak langsung yang saya maksudkan di sini adalah kita tidak boleh meninggalkan pelajar yang mempunyai tahap pemahaman Bahasa Inggeris yang sangat lemah. punca kurang minat dengan pembelajaran pelajar sebenarnya kerana mereka bosan dengan bahasa yang mereka tidak fahami dan sekali gus melenyapkan rasa ingin meneroka. kita tidak perlu memandang terlalu jauh tinggi ke langit, hingga terlupa bumi yang dipijak.
jika dahulu pelajar yang lemah masih boleh belajar subjek matematik dan sains dengan mudah dan cuba untuk memahami isi kandungan pelajaran. namun sejak PPSMI dijalankan guru dan pelajar seperti 'ayam dan itik'. memilik bahasa yang berbeza, sekali gus objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.
Bahasa adalah Ilmu.
atas dasar itu, adalah penting pelajar mencintai dan memahami Bahasa kebangsaan seperti mana terlaksana dalam sistem pembelajaran awal di Malaysia selepas kemerdekaan. pemupukan nilai dapat dilakukan dengan lebih semulajadi kepada setiap pelajar tidak mengira bangsa. apabila penguasaan dan nahu dalam bahasa malaysia kuat bertapak di hati warganegaranya, setakat mempelajari bahasa inggeris tidak lah sesukar mana.
dan saya percaya, sehingga generasi yang seusia dengan saya juga tidak mempunyai masalah yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak tentang penggunaan bahasa inggeris di universiti. di waktu itu, pelajar telah sedia berdepan dengan situasi kerana mempunyai jati diri yang kental serta sedia meneroka alam baru malah memepelajari serta mempraktikkan nya diperingkat lebih tinggi bersama rakan sebaya.

oleh itu, keputusan kementerian harus dipandang positif dan seperti kata Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa usaha sama dan pergerakan sejagat diperlukan bagi memastikan MBMMBI berjaya untuk dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

sumber: Rancangan Soal Jawab. TV3. 09/11/2011 (Rabu) 11malam.

No comments:

Post a Comment