Sunday, May 15, 2011

anakku... Puteri Nurul Arumi bt. Aziwahija





























selamat hari guru...

ada seorang guru yang hanya memakai selendang nipis, wajahnya cerah merah bercahaya...
rutinnya, di pagi isnin perhimpunan,.. sentiasa cerita kisah kejayaan anak-anak didiknya...
suara getar yang tegas, penuh sopan tak tertanding oleh suara merdu siti nurhaliza..
ucapannya penuh mulia, setiap pagi ucapan salam dan semangat dihulurkan dengan penuh manis..
pandangannya tinggi kepada kami,.. nampak benar, telus dan hormat kepada anak-anaknya...
anak-anak ini datang dari pelbagai latarbelakang bangsa, keluarga, taraf ekonomi dan sebagainya..
namun bijaknya guru ini dapat menyamaratakan kedudukan kami seadanya..
sehinggakan pada diri anak-anaknya itu , terdidik rasa hormat antara satu sama lain..

jika diminta tukarkan dirimu dengan emas, berlian dan permata.. pastinya aku memilihmu tanpa ragu..
mulianya dirimu sebagai seorang guru tak ku ragukan...
terima kasih atas penerimaan mu terhadap diri ku, keluarga dan sahabat handai ku..
walau tak bersua, kau tetap dalam sanjungan ku..
doaku tetap pada mu..

(dedikasi kepada pengetua SMK Bandar Baru Sentul, KL.. Pn. Hjh. Habibah)

jika aku seorang pejuang...

pernah hidupku dalam keadaan yang serba kekurangan,
lihat kemusnahan, lihat keruntuhan sebuah kota yang megah...
pernah kulihat darah yang tumpah di bumi kucinta,..
maka,...
sukar untuk ku lihat semuanya berulang semula...
anak muda yang sepatutnya gagah perkasa membimbing nusa, membina bangsa..
kulihat rapuh tak ubah ranting kayu tak bernyawa...
semangat waja hilang entah kemana, fikiran tak tahu memikirkan apa...
nafsu bersepah terpijak, akal fikiran tak bernilai,
kewarasan hilang sesat dalam terangnya cahaya,..
guru habis cerita kisah tauladan,
habis keringat buat kelas tambahan,..
habis amarah luah rasa marah, ...
semua nya bagai mencurah ke daun keladi...
tak berbekas tak menyinggah pun...
apa jadi pada mu wahai anak bangsa Malaysia?...
mahu kah kamu menangis tanpa lagu...
mahu kah kamu negara dirampas sekali lagi...
mahukah kamu hidup melata tanpa segala yang pernah kita miliki selepas merdeka...
kesian kami pejuang yang tak kenal erti peluh, darah, keluarga dan kesakitan, kelaparan dan segala yang tragis dilalui tanpa kekesalan...
jangan beri kekesalan pada hati kami yang pernah mekar jiwa semangat merdeka yang membara...
supaya kau dapat rasa apa yang kami rasa... terus kan hidup sebagai pejuang...
negara ini tanah berdaulat... Malaysia negara merdeka... ..