Thursday, December 23, 2010

kenapa kita perlu rajin?

pelajar yang rajin akan cemerlang...
'jika tidak dipecahkan ruyung, bagaimana kan dapat sagunya?'

kalau kita lihat orang kuat beribadat, mengemas rumah, membasuh baju, berjogging, menyiapkan tugasan sekolah, berkerja sambilan (sedangkan sudah ada pekerjaan tetap), berniaga dan sebagainya. pasti kita akan berkata, "rajinnya orang tu!"... natijahnya, sedikit demi sedikit kejayaan yang dikecapi oleh orang-orang tersebut dapat kita lihat. walaupun hanya melihat rumah yang cantik kerana penghuninya rajin mengemas dan menghias... seronok untuk dipandang... orang yang rajin bersenam, cantik tubuh badan.. :)

tapi, kalau malas?... camane ye...
tak lain lagi lah kan...
rumah pasti berselerak, bersepah,..
duit tak pernah cukup,
baju kotor, berkedut,
kerja sekolah tak pernah siap,
ada juga sampai tahap obesiti
Sebab!... terlalu MALAS!!!

maka, pendek kata rajin-rajin ye... kalau tak sangat pun, janji cubalah okay... !

:D

Sunday, December 19, 2010

niat itu penting..

kehidupan di muka bumi ini, banyak perkara yang perlu dilakukan, hendak dilaksanakan, rancang untuk dibuat.. maka banyaknya aktiviti seharian yang akan dilaksana dan ditempuhi. namun ada perkara pada setiap perlakuan kita iaitu niat..
permulaan pada setiap perkara yang dilakukan. niat yang baik, betul dan ikhlas akan diiringi keberkatan Yang Maha Esa. maka peringatan ini buat diriku, segala perlakuan dan perkara yang hendak dibuat mestilah dibuat dengan niat Lillahita'ala...
samada perkara yang dilakukan itu suka atau pun tidak, namun jika ia menguntungkan di satu masa mendatang nanti apa salahnya jika disemat keikhlasan dihati. Cuba dan Cuba untuk ikhlaskan diri lakukannya dengan sebaik2nya...

sesungguhnya segala kebaikan yang Allah akan beri pada satu masa nanti tiada siap yang mengetahuinya.. Hanya Dia ! aku hanya perlu yakin dalam melaksanakan kehidupan sebagai seorang pelajar, isteri, ibu dan anak (dan menantu).
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam melaksanakan segala ini dengan hati yang tenang, sabar dan ikhlas. risau dengan segala cabaran hari ini yang sangat dahsyat.. dunia yang semakin tua ini mengingatkan aku pada hari penghabisan yang pasti akan dirasa oleh setiap makhluk dimuka bumi ini.
kehidupan selesa dan keseronokan yang dicari tidak sampai kemana-mana. kerosakan yang sangat teruk dimuka bumi ini juga menyedarkan aku betapa mulianya menjadi seorang guru. walau sukar nanti ku pasti kemanisan nya pasti kan dapat di rasai di akhirat kelak.

Insyaallah!!!

Friday, December 17, 2010

rumahku syurgaku

seronok rasanya sekali sekala balik ke rumah ku.. (pemberian ibu tercinta)... bila duduk di sini membuatkan aku sering terbayang kepayahan ibuku mencari rezeki dan akhirnya dapat membeli tanah dan rumah .. betapa cekalnya orang dulu menyimpan duit dan mencari rezeki untuk menyara anak-anaknya.. walau kurang pendidikan formal... mengimbau kembali pengorbanan ibuku,.. beliau pernah memotong getah, sapu sampah, kerja kilang, pembantu rumah, upah kecil-kecilan... akhir sekali meniaga air batu campur di jusco, wangsa maju,.. sukar untuk ku tuliskan segala keperitan hidupnya di sini.. namun biar ku simpan agar menjadi pedoman hidupku yang sangat kerdil ini... agar tabah sepertinya... namun itu dirinya,.. terlalu tabah! aku seorang anak yang menjadikan inspirasi jika aku terjatuh di tengah perjuangan hidup...
berbalik aku di rumah ini, haha ;D tugasan seorang suri rumah pun bermula... seronok, letih dan macam2 lagi perasaan ... tapi tak boleh curi tulang macam duduk di rumah mak... :)
apapun, terima kasih buat ibu ku SITI FATIMAH AHMAD kerana menghadiahkan segala yang terbaik buat diriku... luv u mum...

Thursday, December 16, 2010

peristiwa 15/12/2010 (rabu)

seorang bayi mungkin dilahirkan di dunia ini, namun kehendak ilahi anak saudaraku tidak dapat diselamatkan untuk menikmati hidup di dunia ini. perasaan sedih menusuk di dalam kalbu setiap ahli keluarga namun kami redha dengan ketentuan-Nya. inilah yang terbaik untuk dirinya, barangkali..
doaku, semoga dapat bersua nanti disyurga... walaupun tak sempat bersamanya, perasaan kasih dan sayang telah timbul di hati keluarga kami. Allah lebih menyayangi dirinya.
itulah tanda kekuasaan ilahi yang tidak dapat hamba-Nya halang. segala kehendak, ketentuan dan takdirnya pasti terlaksana tanpa ada keraguan lagi. segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya...
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Adil dan Saksama...

Monday, December 13, 2010

semua perkara bernyawa...

Dalam kehidupan ini semua benda bernyawa yang mana semua berfungsi dan menunjukkan reaksi terhadap perkara di sekeliling... sebab itu ada hukum alam terhadap manusia sehingga kan secara ringkasnya manusia perlulah 'amal makruf nahi mungkar'... 
Jika manusia hidup dalam keadaan yang negatif, maka banyak perkara yang buruk akan berlaku pada kehidupan manusia.. bukan kepada specific person yang melakukannya, malah manusia di sekeliling pun akan menerima natijahnya.
Lihat sahaja di dada akhbar, apa yang berlaku kepada anak-anak kecil, isteri-isteri, gunung-ganang, kemudahan awam dan pelbagai lagi.. dari kategori benda bernyawa sehingga benda tidak bernyawa.., menerima akibat dari perbuatan manusia yang tiak bertanggungjawab..
Maka, apa peranan kita semua?
Memang kita tidak mampu mentadbir kerajaan di negara kita sendiri, tidak mampu pula menaja apa-apa program kesedaran dan sebagainya. Namun begitu, pada pendapat peribadi saya, kita mampu melakukan sesuatu untuk diri sendiri dan mula menjaga beberapa orang di sekeliling kita. Cukup
Moga-moga jika tindakan yang baik ini dilakukan, maka seluruh masyarakat dapat di kembangkan dalam persekitaran yang lebih baik dari hari ini. apa yang kita perlu lakukan?.. buat dan buat, jangan berputus asa!
Sudah cukup kisah remaja buang bayi, keruntuhan akhlak, rogol, ragut, penderaan dan banyak lagi!
Jika anda sudah bersedia kepada kehidupan yang lebih baik, sama-samalah kita berubah demi kesejahteraan sama rata dan membolehkan kita semua hidup dalam keadaan yang selamat!