Tuesday, November 8, 2011

hal pendidikan...

Persediaan ke arah kemerdekaan
Jawatankuasa Pelajaran 1956
- mengkaji keperluan sistem pendidikan yang akan dilaksana selepas tanah air merdeka
- diketuai : Tun Abdul Razak
- Laporan Razak dan Ordinan Pelajaran 1957 (digunapakai selepas merdeka)
- Jawatankuasa berkenaan mengeluarkan laporan : Penyata Rahman Talib 1960.

Selepas Merdeka
- berpandu kepada Penyata Razak 1956 & Penyata Rahman 1960, dalam usaha memberi pelajaran kepada rakyat di tanah air.

Agenda Utama : Soal Perpaduan Kaum

Selain daripada itu, membangunkan negara dari aspek Infrastruktur seperti kemudahan awam, kesihatan, ekonomi berasaskan pertanian. Keperluan tenaga rakyat dipenuhi melalui proses pendidikan.

Akta Pelajaran 1961

"Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya..."

~ Falsafah pendidikan berasaskan yang tersirat sahaja...

digunapakai sebagai Akta Pendidikan 1996.


September 1974,
- Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan.
- Tujuan : mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan negara yang dilaksanakan sejak tahun 1961.
- Pengerusi : Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu).
- Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.
 i - keperluan pendidikan asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
ii - pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1988.

Falsafah Pendidikan Negara 
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988.

Sumber: Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Edisi ke-2. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman.

No comments:

Post a Comment