Friday, February 25, 2011

Guru!

ada beberapa orang guru yang banyak memberi kesan dalam pembentukan diriku kini..
antara namanya yg dapat kucatatkan di sini seperti Pn. Hjh Habibah (pengetua SMKBBS), Tn Hj Ishak Hj Ismail (pensyarah UPSI) dan En. Aziz Yatim (pensyarah kanan UPSI, kaunseling).

tidak dilupakan guru-guruku sewaktu di SKBBS, SRASP dan SMKBBS!
malah pensyarah2 di PTPL, MSU dan UPSI!

aku percaya dengan doa org disekiling, restu ibu bapa dan suami membuatkan aku makin berdiri teguh untuk bertugas sebagai pendidik.
aku mahu menjadi yang LUAR BIASA! tidak mahu kepada kebiasaan dan rutin yang membosankan..
aku mahu gerakkan manusia dengan akal dan tulang 4 keratku.. seperti mana ibu, dan guru2 ku menggerakkan aku...
menjadi insan yang tidak gentar membuat salah dan membetulkannya... mengaku kesilapan diri dan cuba mengatasinya!
sebab hidup ini tidak sentiasa indah.. ada pahit, duka, dan payah!
kalau berani harunginya... pasti akan manis jua akhirnya!..

terima kasih buat guru-guruku tercinta... :D

Wednesday, February 23, 2011

sekali lagi...

masih ada 3 hari lagi sebelum aku menjejakkan kaki ke sekolah bagi menjalani latihan industri...
apa yang aku inginkan adalah memupuk keikhlasan dan ketenangan dalam diri untuk melakukan yang terbaik. bukan kerana markah, tetapi untuk mendidik dan menjadi sahabat kepada pelajar, guru-guru, kakitangan sekolah, pakcik guard n makcik kantin juga...
Ya Allah, permudahkan urusanku untuk melakukannya dalam masa 3 bulan ini. senangilah hati-hati semua yang mendampingiku... terbitkanlah rasa sayang pelajar terhadapku, rasa senang guru-guru terhadapku... eratkanlah persaudaraanku... disamping, jadikanlah aku isteri yang tidak mengabaikan tanggungjawabku.., ibu yang tidak leka dengan persediaan P&P, dan anak yang tidak membebankan orang tua ku...
Ya Allah, Engkau sahajalah dapat membantu dan memberikan ku jalan sebaik-baiknya...
Sesungguhnya aku bermohon hanya Pada Mu...
 Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin!...

Tuesday, February 22, 2011

sekolah yang bakal ke jejaki..

praktikum mengambil masa 3 bulan (28/2 - 28/5/2011)..
aku berharap akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab bukan sebagai pelajar praktikal sahaja, malah guru yang berupaya mendidik pelajar ke arah yang lebih baik lagi.
waktu inilah aku akan cuba usahakan pelaksanaan p&p yang berkesan dan mengikut kepelbagaian pelajar. akan cuba meningkatkan kemahiran kendiri sebagai seorang guru. kerana pada dasarnya ialah perlulah perbaiki diri sendiri sebelum membetulkan orang lain.
enjoy , relax n sincere... must be my priority! hardworking in a smart way.. :) come on shana!

Monday, February 21, 2011

dpli upsi 2011

salam semua! selesai sudah kursus bina insan guru (BIG), di UPSI!.. tanda , berakhirnya perjuangan aku utk berulang alik menimba ilmu dari kl-tanjung malim-kl setiap kali kelas.
Ingatkan aku dapat duduk bersama2 teman2 untuk mengenali lebih baik lagi. tapi dah bukan rezeki. puteri tiba2 demam dan buat minggu terakhir, aku masih perlu berulang alik kl-tanjung malim-kl.. semua ini sudah tertulis Ilahi. aku tak risau dan kalah pada penat badan dan mental! kerna aku memang begini dan akn terus mempunyai tenaga terhebat seperti ini.. :)