Thursday, January 27, 2011

januari 2011

hampir tamat pemngajian ku dalam DPLI program di UPSI...
pergi balik kl - tanjung malim menunjukkan aku komited untuk berkhidmat sebagai seorang guru kelak... memang aku dilahirkan untuk bergelar seorang pendidik.. selama ini mungkin aku menafikan segala kehendak Allah .. tapi akhirnya, kerana anakku Puteri Nurul Arumi.., :) akhirnya aku akur... 

aku berharap kehadiranku dalam  bidang pendidikan bukan sekadar memenuhi kuota kekurangan guru-guru di Malaysia, tetapi sebagai penyumbang dalam bidang pendidikan, Insyaallah! dengan izin Allah SWT...
Terima kasih ku ucapkan kepada para pendidik di UPSI yang mencurahkan ilmu pengetahuan yang dapat aku gunakan sebagai bekalan di masa perkhidmatanku nanti... 

terima kasih juga kepada suamiku tercinta, yang berkorban segala-galanya apabila aku terpaksa menyambung pengajianku... Aku Cinta Kamu... buat ibu ku juga, yang membantu atas segala keperluanku... menjaga anakku sementara aku belajar dan atas makan minum dan pakaian kami sekeluarga.. sesungguhnya, jasa mu tidak terbalas... hanya aku doakan tempat mu Hanyalah di Syurga... tidak terlupa ibu mertuaku yang sangat sangat sangat memahami kepayahanku sebagai seorang pelajar... tidak pernah sekali pun memaksa untuk datang menjengahnya di rumah... aku sangat sangat sangat memohon keampunan kepada 3 orang insan tersayang ini. Semoga Allah sahajalah membalas segala jasa mereka.

Buat anakku Puteri Nurul Arumi, mak sentiasa berdoa agar dapat jadi ibu yang terbaik buatmu... Andai apa-apa perkara berlaku dimasa hadapan ingatlah kepada Allah dan sayangku dan doaku tetap mengiringimu sampai bila-bila... :)


buat bakal anak muridku , walau dimana anda berada, cikgu akan datang dan mendidik mu ke arah kejayaan . Insyaallah! :)

Sunday, January 2, 2011

selamat datang 2011

selepas melalui liku-liku dan segala rintangan akhirnya 2010 berlalu jua...
detik masa memang terlalu pantas. pengorbanan dan perjuangan tidak pernah lari dari kamus hidup.
apa yang aku harapkan adalah menjadi lebih baik kepada suami, anak, ibu dan orang sekeliling ...



Ya Allah, berikan aku kekuatan dalam menempuh hidup ku sekarang dan akan datang. tidak aku sesali apa sahaja yang datang dalam hidupku.. kan ku tempuh sebagai seorang pejuang sehingga ke akhir hayat... :)